Friday, 18 July 2014

New York Story (Bahasa Malaysia version)


To those who know me well, you have probably know that I have been to New York for the New York Fashion Show (Feb 2014) .  This article is specially written for media medium. I am not sure whether this article has been published or not, but ya, I decided to publish this article on my blog so that you guys know roughly my overall experience in New York. 

AMARAN! 

Gambar-gambar dalam entri ini akan memualkan anda kerana hampir kesemuanya ada "muka saya" dengan pose yang "pelik-pelik" serta OVER tahap panas LAVA gitu. Jadi, jika anda mengandung, atau adalah masalah jantung, anda di nasihatkan supaya TIDAK MEMBACA entri ini mahupun scroll entri ini. Keselamatan anda adalah tanggungjawab anda(saya tak tau apa-apa na?) 
ENJOY!

"Yeay ! Kami akan ke New York!"
Itulah kata kata saya setibanya saya di Kuala Lumpur airport antarabangsa. Bagaikan tidak percaya saya akan ke New York, di antara destinati 10 teratas idaman ramai. "Betulkah semua ini realiti?" . Bayangkan, beberapa bulan yang lalu, saya hanyalah seorang gadis biasa yang menjalani kehidupan seperti pelajar pelajar institusi yang lain, sibuk dengan tugasan kerja, persediaan peperiksaan serta kerja tambahan. Secara tidak  sengaja, peryertaan saya dalam "Maybelline Rocket me to New York Side walk to Catwalk" mengubah nasib hidup saya. Dalam sekelip mata saya terpilih ke New York untuk menghadiri "2014 New York Fashion Week" bersama seorang lagi pemenang, Nurfitriah. Kini, harinya sudah tiba kami berdua akan diterbangkan ke New York bersama seorang wakil dari Maybelline Malaysia, Puan Fong yang bertanggungjawab untuk membawa kami pergi dan kembali dengan selamat. Penerbangan ke bandar New York mengambil masa 24 jam dan setibanya kami di JFK airport, segala kepenatan hilang begitu sahaja sebaik sahaja memelihat bumi ini diselaputi salji putih. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, buat pertama kali saya melihat dan menyentuh salji yang putih bagaikan kapas.
Bagaikan dalam movie hollywood mahupun cerita-cerita barat, kota bandaraya New York amat sibuk dengan pelbagai urusniaga dan aktiviti yang dijalankan masyarakat setempat. 




New York kami datang!

Apalah perjalanan tanpa melawat mercu tanda ikonik Amerika, Patung Liberty. Untuk mendekati patung itu kami belayar menaiki feri yang disediakan lantas untuk menikmati pemandangan bandar New York. Kami juga pberpeluang mendalami informasi menarik tentang Bandar Amerika dengan batuan pemandu pelancong yang memberi banyak pengetahuan penting.

Patung ikon Liberty merupakan hadiah persahabatan dari rakyat Perancis kepada Amerika Syarikat dan merupakan simbol sejagat kebebasan dan demokrasi. Masih teringat perasaan gembira dan teruja di saat melihat patung yang ketinggian kira-kira 93m ini ," Benarkah aku di New York city? Betulkah patung ini yang aku selalu lihat di kaca-kaca television?". Menaiki cruise sambil melihat pemandangan keseluruhan kotaraya New York adalah pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan.

Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk ke salah satu tempat yang popular di New york yang diberi nama Central Park. Pernahkah anda melihat taman itu dalam peta? Ia adalah amat besar, saiz 1.317 batu persegi dengan 250 ekar rumput, 24,000 pokok, 150 ekar tasik dan sungai dan 80 ekar hutan. Kami menikmati udara segar serta menghayati pemandangan taman itu yang diselaputi salji serta mengambil gambar sebanyak mungkin untuk simpanan memori kami ketika di bandar New York bersama.


Kami juga berpeluang melawat destinasi membeli belah terkenal dia New York City, ianya dinamakan Soho yang kini boleh dikatakan destinasi membeli-belah utama di bandar ini, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama fesyen kultus (Acne, Alexander Wang, RAG & Bone, Phillip Lim) kepada kegemaran arus perdana (J. Crew, itu Lewi) dan fesyen segera (Zara, H & M, Topshop) tidak lupa jenama  mewah (Burberry, Chanel, Prada). Peminat2 reka-bentuk berduyun-duyun di sini untuk kegemaran antarabangsa (Alessi, Muji, Taschen) dan perabot kedua-dua tinggi (BoConcept, Reka Bentuk Dalam Reach) dan tidak begitu tinggi (CB2, Bilik &). Terdapat juga permata oddball di rumah pusat perdagangan campuran Cina Pearl River yang juga New York klasik, Rekabentuk Store Moma yang berbentuk seperti poket muzium tengah bandar yang terkenal, dan The Store Evolution mempunyai sifat ingin tahu yang semula jadi seperti blowfish dipelihara dan fosil hiasan. Kebanyakkan pengunjung yang membeli belah ke kawasan inilah peminat fesyen dan fashionista. Hanya melihat dari segi pemakaian mereka, kita dapat memberi andaian bahawa mereka adalah seorang yang mengikuti trend semasa. 



The Market NYC boleh di katakan seperti Central Market Malaysia, bagaimana pun, keadaan dan barang-barang di jual ada ciri-cirinya yang tersendiri. Kebanyakkan barang yang dijual adalah "handmade" artis tempatan serta hasil seni yang tersendiri. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kedai tersebut namun perjalanan kami serta pengalaman kami sangat bermakna.

(maaf, pose kena 'over' sikit) . :P


Fashion week Runway and backstage moment

"Fashion is pain yet that is the real beauty of fashion. "

Persembahan fesyen yang ditunggu-tunggukan. Bukan mudah untuk diberikan peluang orang yang terawal untuk memperlihatkan peragaan koleksi fesyen "fall/winter" 2014. Tetamu-tetamu yang hadir bukanlah orang yang sebarangan. Kebanyakkan mereka adalah pereka fesyen, selebriti, peminat pakaian rekaan, media serta fashionista-fashionista. (OH.  MY . GOD!) 
Bukan itu sahaja, sepanjang minggu fesyen ini serta trip ini, kami berkesempatan untuk berjumpa dengan model-model rasmi Maybeline New York serta beramah mesra bersama mereka. Mereka tidak kekok untuk melayan kami serta bergambar. Secara jujur saya katakan, mereka bagaikan patung yang keluar dari suatu gambar. Bagaimana anda melihat mereka di poster-poster Maybelline serata dunia, begitulah rupa mereka yang sebenar apabila berhadapan dengan mereka. Kegembiraan kami tidak berhenti sebegitu sahaja, kami juga dijemput untuk melihat persiapan belakang pentas sebelum persembahan fesyen bermula.








(maaf jugak! beribu-ribu maaf!  pose terlebih over!)


Capture the Backstage moment

Hari dimulakan dengan rasa teruja ke "Fashion show" mahupun di agenda belakang pentas.
Kami diberi peluang untuk melihat sendiri persiapan model model professional Runway ini serta menemu duga "makeup artist" yang bertanggungjawab merias dan mencipta "makeup look" untuk trend musim luruh / salji ini. Kami berkesempatan bertanyakan kepada makeup artis mengenai makeup barangan Maybelline yang telah digunakan dalam setiap  persembahan fesyen. Diantaranya adalah 'Lipstik Sensational' dalam series warna 'Nude', Mascara Rocket, Krim pembayang mata 'Color Tatoo' dalam warna 'Bad to Bronze serta Tough as Taupe' dan banyak lagi. Kebanyakkan produk yang digunakan adalah berasaskan warna neutral. Ini adalah bertujuan untuk menaikkan seri wajah model tanpa warna yang keterlaluan untuk memperagakan kecantikkan baju yang digayakan.  Walaubagaimanapun, setap 'fesyen show' mempunyai gaya dan tema yang tersendiri.
Persembahan fesyen yang dihadiri oleh kami  adalah Peter Pilotto, Lacoste serta Giulietta. Setiap persembahan mengandungi keunikan reka design yang tersendiri. Dalam cara mekap Peter Pilotto dan Lacoste, mereka menggunakan tema "nude" dengan mengoles bibir model dengan warna kulit serta warna yang digunakan untuk merias mata model hanyalah warna cokelat lembut dan maskara untuk memberikan bulu mata yang dramatik. 




Terdapat satu teknik yang menarik perhatian saya dalam cara mekap untuk persembahan fesyen Lacoste di mana Mekap artis telah menggunakan pelembap bibir "Dr Rescue" sebagai gantian pembayang mata. Pertama kali saya melihat pelembap bibir di letakkan di kelopak mata. Walaubagaimanapun, hasilnya amat menakjubkan. Kelompak mata mereka kelihatan lebih bermaya dan menyerikan lagi seri wajah semula jadi model . 



Manakala untuk mekap Giuletta, inspirasi mekap diambil dari cerita dongeng "Snow white" dengan mencipta kanvas muka yang sangat cantk dan licin serta menyerikan bibir dengan warna lipstik merah gelap untuk menambahkan elemen klasik dan elegan. Bukan itu sahaja, bulu kening juga memainkan peranan yang penting dengan menebalkan serta membentuk bagi memberi kekemasan yang natural pada seri muka model.





Tidak dinafikan bahawa pengalaman berjumpa dengan mekap artis bagi persembahan fesyen New York sangat berharga bagi saya. Bukan mudah untuk mengetahui tips-tips dan teknik mekap professional mekap artis antarabangsa. Kebanyakkan mereka yang mengatur langkah trend mekap untuk tahun-tahun seterusnya dalam bidang kecantikkan dan fesyen. Ini adalah  pengalaman yang menakjubkan dan tidak dapat saya lupakan.








Maybelline Lab Visit

Lawatan ke Labotari Maybelline adalah salah satu destinasi yang ditunggu-tunggu. Bukan mudah untuk melawat pusat kajian Maybelline salah satu jenama mekap yang terkemuka di dunia di mana keajaiban kosmetik berlaku.  Pada mulanya kami agak risau jika tidak dapat melawat Labotari ini oleh kerana salji yang turun agak tebal pada malam sebelumnya itu. Nasib baik pada keesokkan harinya jalan raya dan lebuhraya tidak diselaputi salji sepenuhnya dan kereta tidak mempunyai sebarang masalah untuk ke destinati dituju.




Kedatangan kami di sambut mesra oleh pihak Maybelline New York serta staf-staf labotari. Mereka memberi penjelasan yang jelas tentang produk -produk kosmetik yang di formulasikan serta prosuder -prosedur  untuk mencipta sesuatu produk.  Bukan mudah untuk mencipta kosmetik lebih-lebih lagi bahan untuk diletakkan ke atas kulit muka. Bahan-bahan mineral dan semulajadi diperlukan untuk mencipta produk yang terbaik untuk menyerikan lagi kecantikkan wanita.  Kami jugak diperlihatkan bagaimana sebatang lipstick dibuat dari mula cecair sehingga terbentuknya sebatang lipstik. 
Bukan itu sahaja, kami juga mempelajari tentang produk terbaik Maybelline iaitu maskara. Formula maskara Maybelline sangatlah unik dan maskara -maskara yang terdapat di negara kita, Malaysia adalah dirumus khas untuk pengguna Asia diselaraskan dengan cuaca panas dan mendap kita.  




Mungkin anda tak pernah melihat bagaimana Mascara serta produk-produk Maybelline zaman dahulu, revolusi produk Maybelline. Produk pertama dari Maybelline adalah maskara. Oleh itu, jika anda perasan, Maskara-maskara Maybelline adalah produk yang terbaik di seluruh negara, bukan sahaja popular di Malaysia, malah popular di United States dan lain-lain. 


GALERI


Don't ask me, what bridge is this, cause I can't remember and I was freezing like "f$%$&^)" cold snowman, and didn't concentrate on the tour speech. oh Man! Seriously, I can't feel my ears & thought of losing them. hmmm. oh my telinga capang.



Central Park, feeling macam dalam movie.

 feeling macam dalam winter sonata :P

behind this statue, that is Donald Trump building ( if I'm mistaken lah!) , the black shiny building.



sorry, muka ku cacat, tak boleh cover cun. haha

I know I am short. no need to remind me lah. susah-susah je.;p  



Itu sahaja cerita pendek dari Wiida. hope you enjoyed! 

Thank you for reading!

Muah Muah!

post signature
 Facebook Instagram | Twitter 

11 comments :

  1. Awww you are so lucky! I still cant get over the envy of you flying to New York XD thanks for sharing your travelogue here darling, it is nice to see a bit of NY from your journey, truly an amazing experience you're blessed with!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. mieza, *flip hair. (macam Kim K tak?) haha. btw, Thank you. <3

      Delete
  2. wiida!! Finally..hehehee.. love your picture and story..I wish I can go the sooner or later..in shaa allah!!
    Goshh, it's been awhile, miss you babe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goshh! time flies so fast! nak raya dah!

      Delete
  3. bestnya...bestnya...bila la nak sampai sana ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ogosh, ada rezeki mesti jejak lah. tp yang best g sana is SHOPPING. haha

      Delete
  4. Wiida cuteness overload! Love your story, super jelous of you.

    ReplyDelete
  5. sab tgk gmbar pun sab dh teruja, xdapat bayangkan keterujaan wiida kat sana lak! aaaa! definitely a great experience for you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. infinity excited! haha. yes! best! new york yo yo yo! hehe

      Delete
  6. wohaaaaa...bestnya widaaaaa!! dapat main salji puas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah! wiida jakun main salji =,=" huhu

      Delete

Fired it away!! but mind your words! <3 Please be gentle to each other, girls.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...