To those who know me well, you have probably know that I have been to New York for the New York Fashion Show (Feb 2014) . This article is specially written for media medium. I am not sure whether this article has been published or not, but ya, I decided to publish this article on my blog so that you guys know roughly my overall experience in New York.
AMARAN!
Gambar-gambar dalam entri ini akan memualkan anda kerana hampir kesemuanya ada "muka saya" dengan pose yang "pelik-pelik" serta OVER tahap panas LAVA gitu. Jadi, jika anda mengandung, atau adalah masalah jantung, anda di nasihatkan supaya TIDAK MEMBACA entri ini mahupun scroll entri ini. Keselamatan anda adalah tanggungjawab anda(saya tak tau apa-apa na?)
ENJOY!
"Yeay ! Kami akan ke New York!"
Itulah kata kata saya setibanya
saya di Kuala Lumpur airport antarabangsa. Bagaikan tidak percaya saya akan ke
New York, di antara destinati 10 teratas idaman ramai. "Betulkah semua ini
realiti?" . Bayangkan, beberapa bulan yang lalu, saya hanyalah seorang
gadis biasa yang menjalani kehidupan seperti pelajar pelajar institusi yang
lain, sibuk dengan tugasan kerja, persediaan peperiksaan serta kerja tambahan.
Secara tidak sengaja, peryertaan saya
dalam "Maybelline Rocket me to New York Side walk to Catwalk"
mengubah nasib hidup saya. Dalam sekelip mata saya terpilih ke New York untuk
menghadiri "2014 New York Fashion Week" bersama seorang lagi
pemenang, Nurfitriah. Kini, harinya sudah tiba kami berdua akan diterbangkan ke
New York bersama seorang wakil dari Maybelline Malaysia, Puan Fong yang
bertanggungjawab untuk membawa kami pergi dan kembali dengan selamat.
Penerbangan ke bandar New York mengambil masa 24 jam dan setibanya kami di JFK
airport, segala kepenatan hilang begitu sahaja sebaik sahaja memelihat bumi ini
diselaputi salji putih. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, buat
pertama kali saya melihat dan menyentuh salji yang putih bagaikan kapas.
Bagaikan dalam movie hollywood
mahupun cerita-cerita barat, kota bandaraya New York amat sibuk dengan pelbagai
urusniaga dan aktiviti yang dijalankan masyarakat setempat.
New York kami datang!
Apalah perjalanan
tanpa melawat mercu tanda ikonik Amerika, Patung Liberty. Untuk mendekati
patung itu kami belayar menaiki feri yang disediakan lantas untuk menikmati
pemandangan bandar New York. Kami juga pberpeluang mendalami informasi menarik
tentang Bandar Amerika dengan batuan pemandu pelancong yang memberi banyak
pengetahuan penting.
Patung ikon Liberty
merupakan hadiah persahabatan dari rakyat Perancis kepada Amerika Syarikat dan
merupakan simbol sejagat kebebasan dan demokrasi. Masih teringat perasaan
gembira dan teruja di saat melihat patung yang ketinggian kira-kira 93m ini
," Benarkah aku di New York city? Betulkah patung ini yang aku selalu
lihat di kaca-kaca television?". Menaiki cruise sambil melihat pemandangan
keseluruhan kotaraya New York adalah pengalaman menarik yang tidak dapat
dilupakan.
Bukan itu sahaja,
kami juga berpeluang untuk ke salah satu tempat yang popular di New york yang
diberi nama Central Park. Pernahkah anda melihat taman itu dalam peta? Ia
adalah amat besar, saiz 1.317 batu persegi dengan 250 ekar rumput, 24,000
pokok, 150 ekar tasik dan sungai dan 80 ekar hutan. Kami menikmati udara segar
serta menghayati pemandangan taman itu yang diselaputi salji serta mengambil
gambar sebanyak mungkin untuk simpanan memori kami ketika di bandar New York
bersama.
Kami juga
berpeluang melawat destinasi membeli belah terkenal dia New York City, ianya
dinamakan Soho yang kini boleh dikatakan destinasi membeli-belah utama di
bandar ini, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama fesyen kultus (Acne,
Alexander Wang, RAG & Bone, Phillip Lim) kepada kegemaran arus perdana (J.
Crew, itu Lewi) dan fesyen segera (Zara, H & M, Topshop) tidak lupa
jenama mewah (Burberry, Chanel, Prada).
Peminat2 reka-bentuk berduyun-duyun di sini untuk kegemaran antarabangsa
(Alessi, Muji, Taschen) dan perabot kedua-dua tinggi (BoConcept, Reka Bentuk
Dalam Reach) dan tidak begitu tinggi (CB2, Bilik &). Terdapat juga permata
oddball di rumah pusat perdagangan campuran Cina Pearl River yang juga New York
klasik, Rekabentuk Store Moma yang berbentuk seperti poket muzium tengah bandar
yang terkenal, dan The Store Evolution mempunyai sifat ingin tahu yang semula
jadi seperti blowfish dipelihara dan fosil hiasan. Kebanyakkan pengunjung yang
membeli belah ke kawasan inilah peminat fesyen dan fashionista. Hanya melihat
dari segi pemakaian mereka, kita dapat memberi andaian bahawa mereka adalah
seorang yang mengikuti trend semasa.
The Market NYC boleh di katakan seperti Central Market Malaysia, bagaimana pun, keadaan dan barang-barang di jual ada ciri-cirinya yang tersendiri. Kebanyakkan barang yang dijual adalah "handmade" artis tempatan serta hasil seni yang tersendiri. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kedai tersebut namun perjalanan kami serta pengalaman kami sangat bermakna.
(maaf, pose kena 'over' sikit) . :P
Fashion week Runway and backstage moment
"Fashion is pain yet that is
the real beauty of fashion. "
Persembahan fesyen yang
ditunggu-tunggukan. Bukan mudah untuk diberikan peluang orang yang terawal
untuk memperlihatkan peragaan koleksi fesyen "fall/winter" 2014. Tetamu-tetamu
yang hadir bukanlah orang yang sebarangan. Kebanyakkan mereka adalah pereka
fesyen, selebriti, peminat pakaian rekaan, media serta fashionista-fashionista. (OH. MY . GOD!)
Bukan itu sahaja, sepanjang
minggu fesyen ini serta trip ini, kami berkesempatan untuk berjumpa dengan
model-model rasmi Maybeline New York serta beramah mesra bersama mereka. Mereka
tidak kekok untuk melayan kami serta bergambar. Secara jujur saya katakan, mereka
bagaikan patung yang keluar dari suatu gambar. Bagaimana anda melihat mereka di
poster-poster Maybelline serata dunia, begitulah rupa mereka yang sebenar
apabila berhadapan dengan mereka. Kegembiraan kami tidak berhenti sebegitu
sahaja, kami juga dijemput untuk melihat persiapan belakang pentas sebelum
persembahan fesyen bermula.
(maaf jugak! beribu-ribu maaf! pose terlebih over!)
Capture the Backstage moment
Hari dimulakan dengan rasa teruja
ke "Fashion show" mahupun di agenda belakang pentas.
Kami diberi peluang untuk melihat sendiri persiapan model model professional
Runway ini serta menemu duga "makeup artist" yang bertanggungjawab
merias dan mencipta "makeup look" untuk trend musim luruh / salji
ini. Kami berkesempatan bertanyakan kepada makeup artis mengenai makeup
barangan Maybelline yang telah digunakan dalam setiap persembahan fesyen. Diantaranya adalah
'Lipstik Sensational' dalam series warna 'Nude', Mascara Rocket, Krim pembayang
mata 'Color Tatoo' dalam warna 'Bad to Bronze serta Tough as Taupe' dan banyak
lagi. Kebanyakkan produk yang digunakan adalah berasaskan warna neutral. Ini
adalah bertujuan untuk menaikkan seri wajah model tanpa warna yang keterlaluan
untuk memperagakan kecantikkan baju yang digayakan. Walaubagaimanapun, setap 'fesyen show'
mempunyai gaya dan tema yang tersendiri.
Persembahan fesyen yang dihadiri
oleh kami adalah Peter Pilotto, Lacoste
serta Giulietta. Setiap persembahan mengandungi keunikan reka design yang
tersendiri. Dalam cara mekap Peter Pilotto dan Lacoste, mereka menggunakan tema
"nude" dengan mengoles bibir model dengan warna kulit serta warna
yang digunakan untuk merias mata model hanyalah warna cokelat lembut dan
maskara untuk memberikan bulu mata yang dramatik.
Terdapat satu teknik yang
menarik perhatian saya dalam cara mekap untuk persembahan fesyen Lacoste di
mana Mekap artis telah menggunakan pelembap bibir "Dr Rescue" sebagai
gantian pembayang mata. Pertama kali saya melihat pelembap bibir di letakkan di
kelopak mata. Walaubagaimanapun, hasilnya amat menakjubkan. Kelompak mata
mereka kelihatan lebih bermaya dan menyerikan lagi seri wajah semula jadi model
.
Manakala untuk mekap Giuletta, inspirasi mekap diambil dari cerita dongeng "Snow white" dengan mencipta kanvas muka yang sangat cantk dan licin serta menyerikan bibir dengan warna lipstik merah gelap untuk menambahkan elemen klasik dan elegan. Bukan itu sahaja, bulu kening juga memainkan peranan yang penting dengan menebalkan serta membentuk bagi memberi kekemasan yang natural pada seri muka model.
Tidak dinafikan bahawa pengalaman
berjumpa dengan mekap artis bagi persembahan fesyen New York sangat berharga bagi
saya. Bukan mudah untuk mengetahui tips-tips dan teknik mekap professional
mekap artis antarabangsa. Kebanyakkan mereka yang mengatur langkah trend mekap
untuk tahun-tahun seterusnya dalam bidang kecantikkan dan fesyen. Ini adalah pengalaman yang menakjubkan dan tidak dapat
saya lupakan.
Maybelline Lab Visit
Lawatan ke Labotari Maybelline adalah salah satu destinasi
yang ditunggu-tunggu. Bukan mudah untuk melawat pusat kajian Maybelline salah
satu jenama mekap yang terkemuka di dunia di mana keajaiban kosmetik berlaku. Pada mulanya kami agak risau jika tidak dapat
melawat Labotari ini oleh kerana salji yang turun agak tebal pada malam
sebelumnya itu. Nasib baik pada keesokkan harinya jalan raya dan lebuhraya
tidak diselaputi salji sepenuhnya dan kereta tidak mempunyai sebarang masalah untuk
ke destinati dituju.
Kedatangan kami di sambut mesra oleh pihak Maybelline New
York serta staf-staf labotari. Mereka memberi penjelasan yang jelas tentang
produk -produk kosmetik yang di formulasikan serta prosuder -prosedur untuk mencipta sesuatu produk. Bukan mudah untuk mencipta kosmetik
lebih-lebih lagi bahan untuk diletakkan ke atas kulit muka. Bahan-bahan mineral
dan semulajadi diperlukan untuk mencipta produk yang terbaik untuk menyerikan
lagi kecantikkan wanita. Kami jugak
diperlihatkan bagaimana sebatang lipstick dibuat dari mula cecair sehingga
terbentuknya sebatang lipstik.
Bukan itu sahaja, kami juga mempelajari tentang produk terbaik Maybelline iaitu
maskara. Formula maskara Maybelline sangatlah unik dan maskara -maskara yang
terdapat di negara kita, Malaysia adalah dirumus khas untuk pengguna Asia
diselaraskan dengan cuaca panas dan mendap kita.
Mungkin anda tak pernah melihat bagaimana Mascara serta produk-produk Maybelline zaman dahulu, revolusi produk Maybelline. Produk pertama dari Maybelline adalah maskara. Oleh itu, jika anda perasan, Maskara-maskara Maybelline adalah produk yang terbaik di seluruh negara, bukan sahaja popular di Malaysia, malah popular di United States dan lain-lain.
GALERI
Don't ask me, what bridge is this, cause I can't remember and I was freezing like "f$%$&^)" cold snowman, and didn't concentrate on the tour speech. oh Man! Seriously, I can't feel my ears & thought of losing them. hmmm. oh my telinga capang.
Central Park, feeling macam dalam movie.
feeling macam dalam winter sonata :P
behind this statue, that is Donald Trump building ( if I'm mistaken lah!) , the black shiny building.
sorry, muka ku cacat, tak boleh cover cun. haha
I know I am short. no need to remind me lah. susah-susah je.;p
Itu sahaja cerita pendek dari Wiida. hope you enjoyed!
Thank you for reading!
Muah Muah!